Simpan Emas? Klik 👉🏻
Swipe untuk lagi →

Kenapa Bersungguh Sangat Buat Bisnes?


Dalam kehidupan moden yang serba pantas dan penuh komitmen, ramai yang bergelut mencari keseimbangan antara kerjaya, keluarga dan pencarian ilmu. 


Bagi sesetengah individu, khususnya yang terlibat dalam medan dakwah dan hafazan al-Qur’an, keinginan untuk terus belajar sering kali terbatas oleh kekangan masa dan kewangan. 


Maka, keusahawanan menjadi salah satu jalan keluar yang strategik, bukan sekadar mencari pendapatan, tetapi membuka ruang untuk hidup dengan matlamat dan nilai yang lebih besar.


Perkongsian Bersama Syeikh Muneer


Beberapa hari yang lalu, saya berpeluang bertemu dan berbicara dengan guru saya dari Yaman, Syeikh Muneer yang merupakan penyimpan emas Public Gold di bawah rangkaian saya.


Dalam pertemuan tersebut, saya maklumkan kepada beliau bahawa saya kini sedang menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda sambil berusaha menyempurnakan hafazan syahadah al-Qur’an. 


Saya juga meminta nasihat dan doa daripada beliau agar terus diberi kekuatan dalam perjuangan ilmu ini.


Syeikh memberikan respon yang panjang lebar, menekankan bahawa proses menuntut ilmu tiada noktah. Belajar adalah ibadah seumur hidup, walaupun seseorang itu telah bergelar ulama’. Kata beliau, 

“Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu kita perlu terus belajar.”


Kenapa Saya Bersungguh dalam Perniagaan


Perbualan itu menjadi ruang untuk saya berkongsi tentang sebab utama saya begitu bersungguh dalam bidang perniagaan. Saya jelaskan kepada Syeikh bahawa saya dan isteri menguruskan dua perniagaan utama secara bersama:


1. Perniagaan Pembekal (Supplier)

Perniagaan ini kami jalankan sejak awal perkahwinan. Dan diantara trend bisnes yang kami impikan adalah seperti Gardenia.


2. Dealer Emas melalui Platform Public Gold

Melalui platform ini, saya membimbing masyarakat untuk meningkatkan literasi kewangan dan membina simpanan emas secara sistematik. 


Ia bukan sahaja memberi kesan ekonomi kepada pelanggan, bahkan membentuk komuniti yang sedar nilai emas sebagai alat perlindungan nilai.


Saya berkongsi kepada Syeikh, bahawa tujuan utama saya berniaga bukan semata-mata untuk mengejar kekayaan. Hasrat sebenar saya adalah untuk memiliki masa yang fleksibel, supaya saya dapat mengatur waktu belajar dengan lebih bebas dan terancang.


Inspirasi Daripada Isteri


Saya masih ingat ketika dalam fasa pertunangan, isteri saya (ketika itu tunang) pernah berkata:


“Kalau nak sambung belajar, berniaga sahaja jalannya sebab berniaga ni masa lebih fleksibel.”

 

Ungkapan itu sangat menyentuh dan menjadi titik mula saya meneroka dunia perniagaan. Bermula tanpa ilmu, saya redah sahaja menjual roti sosej, menjadi dropship jam tangan, dan berniaga kerepek.

Pengalaman Berniaga Semasa STAM

Selepas beberapa tahun, isteri pula mengambil inisiatif untuk mengembangkan perniagaan ke kedai dan pasaraya. Walaupun belum berada pada tahap yang tinggi, kami konsisten melangkah satu demi satu.


Respon Syeikh


Syeikh Muneer mendengar dengan penuh minat dan semangat. Beliau turut menyatakan rasa terinspirasi dengan cerita perjalanan hidup dan perniagaan kami. Beliau menyebut,


“Hari ini saya pun dapat banyak faedah daripada cerita kamu.”

 

Saya berasa sangat bersyukur kerana niat yang saya pegang sejak awal, kini semakin jelas hala tujunya iaitu membina kehidupan dengan matlamat belajar hingga akhir hayat, dan perniagaan sebagai alat untuk menafkahi keluarga, bukan matlamat mengejar dunia.


Kesimpulan yang Saya Pelajari


Keusahawanan bukan sekadar sumber pendapatan, tetapi juga satu strategi hidup untuk menuntut ilmu dengan lebih tenang dan bebas. Dalam dunia yang menuntut kecekapan dan kebijaksanaan, memiliki masa yang fleksibel adalah satu nikmat besar terutamanya bagi penuntut ilmu agama dan penghafal al-Qur’an.


Selagi kita meletakkan ilmu sebagai matlamat dan perniagaan sebagai wasilah, insya-Allah jalan kita akan diberkati dan dipermudahkan. Aamiin

Comments

Popular Posts