Simpan Emas? Klik 👉🏻
Swipe untuk lagi →

Kuliah Ringkas di Tengah Kesibukan


Dalam kesibukan harian, masa sering terasa sempit dan terburu-buru. Namun, saya sedar bahawa dalam kesempitan itu sebenarnya masih ada ruang iaitu ruang untuk mendengar, merenung dan belajar sekali gus mendapat ilmu.


Perjalanan malam, khususnya ketika memandu, menjadi lebih tenang apabila ditemani suara tazkirah atau kuliah ringkas yang menyentuh hati. Kata-kata peringatan itu bukan sekadar mengisi masa, tetapi menyentuh jiwa dan meluruskan niat.


Telefon yang sering menjadi alat hiburan, boleh berubah fungsi menjadi sumber ilmu. Mendengar pesanan tok guru atau tazkirah ringkas bukan sahaja menenangkan fikiran, malah menyegarkan iman yang kadangkala letih dibawa oleh rutin harian.


Saya belajar bahawa kesibukan bukan alasan untuk menjauhkan diri daripada ilmu. Selagi ada masa walaupun sekejap di jalan raya, ia masih bermakna jika dimanfaatkan dengan baik.


Semoga dengan langkah kecil ini, hidup menjadi lebih tenang dan sentiasa dalam keberkatan.

Comments

Popular Posts