Simpan Emas? Klik 👉🏻
Swipe untuk lagi →

Pahala Bacaan Al-Quran Untuk Ayah


Selepas kematian ayah, ibu saya selalu berpesan supaya kami : adik-beradik, sentiasa menderma atau menyalurkan pahala bacaan al-Quran kepada arwah ayah.


Pesan ibu, dapat baca 3 Qul pun tak pe, yang penting niat untuk salurkan pahala untuk arwah ayah.


Suatu hari, saya beritahu ibu bahawa alhamdulillah, saya istiqomah membaca al-Quran setiap hari, cuma kadang-kadang terlupa untuk niatkan bacaan itu khusus untuk arwah ayah.


Ibu saya berkata, tidak mengapa jika saya tidak niat, kerana sebagai anaknya, pahala bacaan itu sudah sampai kepada arwah ayah.


Perkataan ibu itu membuatkan saya merenung dan bermuhasabah diri.


Terutamanya saya, yang ibu harapkan dapat menghafal al-Quran sehingga tamat, bukan separuh jalan ketika dalam proses menamatkan hafazan 30 juzuk suatu ketika dulu.


Memang benar, menghafal al-Quran penuh dengan ujian dan cabaran.

 

Namun, ibu saya adalah pendamping setia, pemberi semangat dan tulang belakang yang kuat bagi saya untuk menamatkan hafalan.


Walaupun saya bukan lah al-Hafiz (istilah yang betul untuk saya : al-Habis), paling tidak saya membaca al-Quran dengan lancar, bukan tergagap-gagap.


Atas nikmat bacaan yang lancar ini, saya mengambil peluang untuk membaca al-Quran setiap hari.


Bila ayah sudah tiada (meninggal), saya semakin tersedar pahala bacaan al-Quran yang saya jadikan wirid harian adalah pahala untuk arwah yah.

Comments

Popular Posts