Simpan Emas? Klik 👉🏻
Swipe untuk lagi →

Pengajaran Istiqomah yang Saya Belajar Ketika Exam STAM


Sejak kali pertama saya mempraktikkan istiqomah membaca al-Qur’an, saya bermula dengan 2 juzuk sehari.


Beberapa ketika kemudian, saya menurunkannya daripada 2 juzuk kepada 1 juzuk sehari.


Kenapa?


Ketika itu, saya sedang sibuk menghadapi peperiksaan STAM. Hampir seluruh masa dan tenaga saya tertumpu kepada membaca, memahami, dan menghafal pelajaran yang berkaitan dengan peperiksaan tersebut.


Dalam hati, saya berkata:

“Tak mengapa. Kurangkan 1 juzuk sehari dulu. Lepas exam nanti, aku akan kembali semula kepada 2 juzuk.”

 

 Namun realitinya, tidak semudah itu.


Mengembalikan semula himmah untuk membaca 2 juzuk sehari rupa-rupanya jauh lebih sukar daripada yang saya sangkakan.


Sebelum ini, 2 juzuk sehari terasa ringan, tetapi setelah saya membiasakan diri dengan hanya 1 juzuk, untuk kembali kepada 2 juzuk terasa sangat berat.


Ya, sangat-sangat berat.


Mengalir air mata untuk meluahkan dengan perasaan yang tidak terkata.


Setiap kali selesai 1 juzuk, apabila ingin menyambung ke juzuk seterusnya, hati mula berbisik:

“Cukuplah. Tutup al-Qur’an dulu. Sambung lain kali.”

 

Saat itulah saya benar-benar bermuhasabah tentang makna “istiqomah”.


Saya belajar bahawa istiqomah itu:


  • Untuk bermula : memang berat.

    Sebab itu caranya ialah paksa diri.

  • Apabila sudah istiqomah : ia terasa ringan.

    Hati mula tenang, tubuh mula terbiasa sehingga menjadi tabiat.

  • Apabila berhenti samada secara sengaja atau tidak sengaja : nak bermula pula seperti kali pertama bahkan lebih berat daripada awal bermula.


Dari situ saya memahami satu hakikat penting:

Istiqomah bukan tentang kuantiti semata-mata, tetapi tentang kesinambungan.


Sebab tu istiqomah ni bila dah bermula, jangan pernah tinggal walau apa pun alasan dan halangan. Tetaplah istiqomah walau apa pun cabaran. Jika diuji dengan kesibukan, pastikan ia tidak ditinggalkan.


Kerana istiqomah yang dijaga hari ini adalah kekuatan iman untuk hari-hari yang akan datang.

Comments

Popular Posts