Simpan Emas? Klik 👉🏻
Swipe untuk lagi →

Pengorbanan Yang Dibalas Dengan Pertuduhan : Pengkhianatan Seorang Makcik Tua


Antara Niat Baik dan Luka Kepercayaan


Ada satu fasa dalam hidup saya yang benar-benar menguji keikhlasan, kesabaran dan kepercayaan terhadap manusia.


Ini bukan penulisan luahan, tapi lebih kepada perasaan yang terkilan.


Saya pernah mengorbankan masa, tenaga, wang, malah waktu kerja sendiri termasuk mengambil cuti tanpa gaji, semata-mata untuk membantu seorang makcik yang sedang melalui kesedihan dalam hidupnya. 


Segala yang saya lakukan bukan kerana paksaan, bukan kerana nama, apatah lagi balasan. Ia lahir daripada niat yang tulus untuk membantu sesama manusia.


Namun, dalam proses membantu itulah berlaku satu perkara yang sama sekali tidak dirancang dan tidak dijangka.


Apabila kejadian tersebut berlaku, ramai berkata,

“Tiada siapa minta perkara ini terjadi.”


Benar.

Saya juga tidak pernah merancangnya. Ia berlaku atas kehendak dan takdir Allah, di luar jangkaan saya sebagai manusia biasa. 


Tetapi apa yang paling memeritkan bukanlah kejadian itu sendiri. Yang paling menyakitkan ialah reaksi dan tindakan makcik tersebut selepas kejadian berlaku.


Niat Baik Yang Disalah Cerita


Dalam keadaan saya sendiri terkesan dengan apa yang berlaku, saya sama sekali tidak menjangka bahawa makcik itu sanggup menyelewengkan cerita kepada versi yang lebih buruk, seolah-olah saya punca kepada segalanya.


Bukan sahaja tidak membantu menjernihkan keadaan, malah cerita yang disampaikan telah memburukkan nama dan niat saya.


Pada awalnya, saya cuba menenangkan hati. Saya fikir mungkin ini sekadar salah faham, atau cerita yang disampaikan oleh pihak ketiga.


Namun sangkaan itu meleset.


Bila Kebenaran Terbongkar


Kebenaran itu terbongkar bukan dari orang luar, tetapi daripada anak pertama makcik itu sendiri. Bak kata orang, “pecah tembelang”.


Bukan sekadar cerita lisan, saya sendiri mendengar rakaman suara makcik tersebut yang mengesahkan perkara yang sama seperti yang didedahkan oleh anaknya.


Ketika itu, tiada lagi ruang untuk menafikan realiti.


Perasaan Yang Sukar Digambarkan


Sedih?

Ya, sangat sedih.


Kecewa?

Ya, amat mengecewakan.


Terkilan?

Lebih daripada sekadar terkilan.


Ia adalah rasa luka yang datang daripada pengkhianatan kepercayaan, bukan daripada orang asing, tetapi daripada seseorang yang kita bantu dengan sepenuh hati.


Pengalaman ini meninggalkan satu tekad dalam diri saya:

Untuk tidak lagi mudah-mudah mempercayai sesiapa, walaupun orang tua yang selama ini kita, orang muda, selalu sangka mereka pasti baik dan tidak akan mengkhianati.

 

Apa yang terjadi?

Ketika itu yang datang membantu saya hanyalah ibu dan 4 beradik saya sahaja. Mereka sanggup korbankan pula semua yang saya korbankan untuk makcik tadi kepada saya. 


Makcik itu? 


Saya tidak mahu menambah dosa. Cukuplah saya luputkan dia daripada ingatan saya supaya tidak lagi di khianati. 


Kepercayaan, Usia dan Tikam Dari Belakang


Pengalaman ini mengajar saya satu perkara yang sangat mahal nilainya : usia bukan jaminan keikhlasan, dan kesusahan bukan lesen untuk mengkhianati orang lain.


Kepercayaan adalah amanah. Apabila ia dikhianati, luka yang ditinggalkan bukan sedikit. Lebih perit apabila tikaman itu datang dari belakang, daripada orang yang pernah kita bantu tanpa berkira.


Bukan bermakna kita perlu berhenti berbuat baik, tetapi kita perlu lebih berhikmah dalam memberi kepercayaan.


Kerana dalam dunia yang nyata ini,

"Tidak semua yang kelihatan lemah itu jujur dan tidak semua yang dibantu akan tahu menghargai"

Comments

Popular Posts