Simpan Emas? Klik 👉🏻
Swipe untuk lagi →

Perjuangan Guru Besar Memartabatkan Kelas KAFA

Seorang guru besar sekolah rendah kebangsaan berkongsi kisah dan luahan hatinya tentang usaha mewujudkan kelas KAFA (Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain) di sekolah yang beliau tadbir.


Beliau agak terkilan kerana ada pihak yang tidak bersetuju dengan kewujudan kelas ini.


Tambahan pula, daripada rekod data pelajar sekolah menengah, ramai yang kurang pengetahuan tentang agama, terutamanya mengenai solat dan membaca al-Quran.


Keadaan ini membuatkan beliau sedih, sekaligus mendorong beliau untuk mengambil tanggungjawab mewujudkan pengajian agama khususnya kelas KAFA di peringkat rendah.


Beliau sedar, ada yang memandang ringan dan ada yang sinis terhadap usaha ini. Namun, bagi beliau, tanggungjawab sebagai seorang guru besar perlu dilaksanakan sepenuh hati.


Teguh pendiriannya, beliau berkata:

"Selagi nafas saya belum terhenti, saya akan perjuangkan kelas KAFA ini."


Kata-kata ini juga mengingatkannya kepada nasihat ayahnya:

"Orang dulu nak mengaji tak dok api (elektrik), tak dok kipas, molek je boleh pergi mengaji (belajar membaca al-Quran). Sekarang semua siap lengkap, kalau hujan pun tak basah. Bakpe jadi payah nak mengaji (belajar membaca al-Quran)."


Dengan segala kelengkapan dan kemudahan yang tersedia sekarang, beliau berfikir, tidak ada alasan lagi untuk tidak melaksanakan kelas KAFA.


Tiada halangan, tiada alasan, hanya tinggal tindakan. Maka, atas dasar tanggungjawab dan keikhlasan, kelas KAFA perlu diwujudkan dan dipertahankan.

Comments

Popular Posts