Ujian Hidup : Proses Melatih Diri Menjadi Tenang Dan Matang
Apabila usia semakin meningkat dan melangkah ke fasa 30-an, saya mula menyedari keutamaan hidup ini sebenarnya bukan tentang sesiapa, tetapi tentang Tuhan.
Kesedaran ini tidak hadir secara tiba-tiba, sebaliknya lahir melalui ujian demi ujian yang pernah dilalui.
Ujian hidup menjadi guru yang paling jujur dalam membentuk jiwa dan cara saya berfikir.
Ketika usia 20-an, darah muda masih panas. Ego tinggi, emosi mudah menguasai diri. Segala-galanya terasa ingin dimenangi.
Tapi, bila usia semakin bertambah dan semakin banyak ujian dihadapi, saya mula memahami bahawa kita hidup bukan untuk memuaskan manusia, tetapi untuk mencari keredhaan Tuhan.
Sebenarnya, inilah seni kehidupan yang tuhan tunjukkan melalui ujian.
Setiap kali diuji, saya belajar untuk bermuhasabah diri. Saya melatih diri untuk berbicara dengan hati dan psiko minda sendiri.
Saya mendidik minda agar sentiasa bersangka baik dengan takdir Tuhan serta belajar untuk redha dengan apa sahaja aturan-Nya.
Redha bukan bermaksud menyerah tanpa usaha, tetapi menerima dengan hati yang tenang dan terbuka setelah sebaik mungkin berusaha.
Comments
Post a Comment