Simpan Emas? Klik 👉🏻
Swipe untuk lagi →

Dari Marah ke Lembut: Pengalaman Deep Talk Dengan Anak


📌 RINGKASAN EKSEKUTIF

Hari ni anak sulung saya meragam — Kakak Naelah. Saya sendiri tak pasti apa yang tak kena. 

Dia buka peti ais, ambil air, kemudian tutup kuat sampai telur jatuh dan pecah. 

Mamanya terus marah dan cubit. Saya pula masih demam dan penat, nak marah pun rasa serba tak kena.

Tiba-tiba saya teringat tentang kaedah “deep talk” cara Nabi SAW — bawa anak keluar berdua dan bercakap dengan tenang. 

Saya ajak Kakak naik kereta. Tapi saya tersalah mula, saya tanya, “Kenapa kakak buat mama marah?”

Ayat itu buat dia makin marah. Pegang tangan pun dia tepis.

Saya diam seketika. Kemudian saya tukar cara. Saya cakap, “Kakak tak sengaja kan? Tak pe lah… nanti jangan buat lagi.” 

Kali ini bila saya pegang tangan dia, dia jadi lembut. Terus berubah.

Dari situ saya faham, bukan anak yang degil, tapi cara kita bercakap yang menentukan reaksi mereka. Kalau nak lembutkan hati anak, lembutkan dulu kata-kata kita. 

Bila Anak Meragam: Pengalaman Deep Talk Dengan Kakak Naelah


Hari ni anak sulung saya meragam — Kakak Naelah.


Saya sendiri tak pasti apa yang tak kena dengan dia. Tiba-tiba dia buka pintu peti ais, ambil air, minum… kemudian dia tutup pintu peti ais kuat-kuat sampai telur dalam peti jatuh dan pecah.


Bertambah naik angin si mamanya. Terus pergi dekat Kakak, marah dan cubit.


Saya pula masa tu masih demam, belum pulih sepenuhnya. Badan penat baru balik daripada kerja, hantar barang dan sebagainya. Nak marah pun rasa serba tak kena.


Dalam keadaan itu, saya teringat satu cerita daripada guru saya. Tentang cara Rasulullah SAW mendidik iaitu menggunakan kaedah “deep talk”. 


Baginda tidak terus menegur dengan keras, tetapi membawa individu itu keluar berdua, berbual dengan tenang dan menyentuh hati.


Baca disini : Deep Talk di Atas Unta: Rahsia Nabi SAW Didik Cucu Menjadi Pemimpin Berjiwa Besar


Jadi, saya buat keputusan ajak Kakak keluar berdua naik kereta.


Permulaan Yang Kurang Menjadi


Saya cuba mulakan perbualan… tapi rupanya saya tersalah skrip.


Saya tanya,
“Kenapa kakak buat mama marah?”


Ayat ini jelas meletakkan kesalahan sepenuhnya pada dia.


Saya cuba pegang tangan Kakak, tapi dia tarik dengan kuat. Reaksinya makin marah, makin sedih.


Saya terus diam seketika.


Ubah Skrip, Ubah Reaksi


Dalam diam itu, Allah ilhamkan saya cara yang lebih lembut. Saya tukar pendekatan.


Saya cakap,
“Kakak tak sengaja kan? Tak pe lah… nak buat macam mana, kakak tak sengaja. Nanti jangan buat lagi.”


Saya cuba pegang tangan Kakak semula.


Kali ini, tiba-tiba dia jadi lembut. Dia biarkan sahaja saya pegang tangan dia.


Suasana terus berubah.


Apa Yang Saya Belajar


Daripada kejadian ini, saya belajar dua perkara penting:


1. Pentingnya “Deep Talk” cara Nabi SAW
Bukan terus marah atau menghukum, tapi ambil masa, bawa keluar, dan sentuh hati anak dengan tenang.


2. Skrip sangat memainkan peranan
Ayat yang menyalahkan akan menutup hati.
Ayat yang memahami akan membuka hati.


Kesimpulan yang Dijadikan Nasihat


Kadang-kadang, bukan anak yang degil.
Tapi cara kita bercakap yang membuatkan mereka menjauh.


Nasihat ringkas:
Kalau nak lembutkan hati anak, lembutkan dulu kata-kata kita.
Kerana dari kata-kata, lahirnya rasa. Dari rasa, terbentuknya hubungan.

Comments

Popular Posts