Slot 'VVIP' Untuk Al-Quran: Bukan Sekadar Waktu Luang
Jangan tunggu waktu PERCUMA, tapi PERCUMAKAN waktu untuk Al-Quran. Kita sering tewas dengan gajet hingga Al-Quran berhabuk di rak. Ubah mindset; jadikan ia keutamaan (priority), bukan sekadar pilihan terakhir.
Pernah tak kita rasa macam ni:
"Hari ni sibuk sangatlah, nanti malam kalau ada masa lapang, baru nak baca Al-Quran."
Tapi bila malam tiba, kita pula yang 'tumbang' depan TV atau syok melayan scroll media sosial sampai tertidur. Akhirnya, naskhah Al-Quran kat rak tu tetap kekal berhabuk.
Sahabat, ada satu silap besar dalam cara kita berfikir tentang Al-Quran. Kita selalu letak Al-Quran kat waktu percuma (free time). Masalahnya, dalam hidup manusia moden ni, mana ada waktu yang betul-betul 'free'? Kalau tak sibuk dengan kerja, kita sibuk dengan gajet.
Ubah Mindset: "Percumakan" Waktu Anda
Ada beza besar antara "Tunggu Waktu Free" dengan "Percumakan Waktu".
Tunggu Waktu Free: Al-Quran jadi pilihan terakhir. Kalau ada baki masa baru baca. Kalau tak ada, bye-bye.
Percumakan Waktu: Kita sendiri yang 'pancung' jadual kita yang padat tu, semata-mata nak bagi laluan dekat Al-Quran. Kita jadikan dia keutamaan (priority).
Sama macam kita janji nak jumpa kawan atau dating. Kita tak cakap "Eh, kalau aku free aku datang." Tapi kita akan cakap, "Okey, pukul 2 petang aku kosongkan jadual untuk jumpa kau."
Hah, macam tu jugalah dengan Al-Quran!
Macam Mana Nak Mula?
Tak perlu tunggu sejam. Cukup sekadar 'mencuri' sedikit waktu yang kita ada:
Selepas Solat: Tak perlu lama, 5 hingga 10 minit pun dah cukup untuk beberapa ayat.
Waktu Tunggu: Tengah tunggu bas, tunggu appointment doktor, atau tunggu nasi masak? Buka aplikasi Al-Quran di telefon.
Sebelum Tidur: Alihkan telefon jauh-jauh, baca satu muka surat sebagai penenang hati sebelum lelap.
Kesimpulannya, al-Quran bukan untuk dibaca waktu kita bosan atau tak ada kerja. Al-Quran adalah keberkatan yang akan melancarkan segala urusan kerja kita yang sibuk tu.
Kalau kita muliakan kalam Allah, Allah akan muliakan waktu kita. Percayalah, bila kita "percumakan" waktu untuk Al-Quran, kita akan rasa hari kita lebih panjang dan urusan lebih mudah.
Jadi, jom kita buka Al-Quran sekarang. Jangan tunggu free, tapi FREE-KAN masa itu!
Comments
Post a Comment